Lebih 1,000 orang terbunuh dalam gempa paling dahsyat di Maghribi

Gempa bumi paling dahsyat pernah melanda Maghribi dalam tempoh beberapa dekad telah mengorbankan lebih 1,000 orang, kata pihak berkuasa.

Gempa kuat berukuran 6.8 pada skala Richter itu menggegarkan sebuah kawasan pergunungan sekitar 72 kilometer ke barat daya kota pelancongan, Marrakesh pukul 11.11 malam (waktu tempatan) semalam, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gegaran kuat turut dirasai di beberapa buah bandar tepi pantai termasuk Rabat, Casablanca and Essaouira.



Gempa itu adalah yang paling kuat pernah melanda negara Afrika Utara itu dengan seorang pakar menyifatkannya sebagai gempa paling kuat di rantau berkenaan dalam tempoh lebih 120 tahun.

Angka dikemaskini Kementerian Dalam Negeri menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 1,037 orang telah terbunuh, sebahagian besarnya di wilayah Al-Haouz di mana terletaknya pusat gempa itu, dan Taroudant.

Seramai 1,204 lagi dilaporkan cedera termasuk 71 mangsa berada dalam keadaan kritikal, tambah kementerian itu.

Angka kematian turut direkodkan di wilayah Ouarzazate, Chichaoua, Azilal dan Youssoufia, serta di Marrakesh, Agadir dan kawasan Casablanca. – AFP



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker