China terkejut diIkat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya terus mempamerkan prestasi positif di peringkat antarabangsa selepas mengikat pasukan ranking ke-80 dunia, China dengan keputusan 1-1 pada aksi persahabatan sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu itu, skuad kendalian Kim Pan-gon membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan memberi ruang buat Darren Lok, Faisal Halim dan Akhyar Rashid mengetuai jentera serangan.

Percaturan tersebut dilihat bijak apabila benteng pertahanan skuad Dragons gagal mengekang asakan bertali arus pasuka Harimau Malaya pada awal perlawanan.



Malaysia meraih gol seawal minit ke-3 hasil jaringan Darren tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Namun, momentum cemerlang skuad negara diteruskan dan kini peluang tidak disiakan selepas Faisal menjaringkan gol cantik apabila menerima hantaran Akhyar pada minit ke-10.

Skuad kebangsaan terus ghairah mengasak dengan kapten pasukan, Dion Cools hampir menggandakan jaringan tetapi tandukannya menerusi situasi sepakan penjuru sedikit tersasar.

Malaysia terus menguji gawang China menerusi percubaan jarak jauh yang dilakukan oleh pemain naturalisasi kebangsaan, Endrick Dos Santos tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah.



Gawang Malaysia akhirnya dibolosi sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi ledakan Lin Liangming menerusi situasi set piece pada minit ke-36.

Bersambung pada babak kedua, skuad negara sekali lagi bermula pantas apabila Faisal memiliki peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan melepasi gawang gol.

Selepas itu, Pan-gon membuat keputusan untuk menggunakan pemain-pemain baharu seperti Arif Aiman Hanapi, Junior Eldstal dan Safawi Rasid dalam usaha mencari gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.



Selepas ini skuad negara akan fokus mengharungi Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober depan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker