Anwar ucapkan tahniah buat Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada Sabtu.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

“Keputusan ini ternyata suatu perkembangan yang positif bagi Kerajaan Perpaduan dalam memastikan agenda pembangunan dan ekonomi rakyat dapat terus dijayakan,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya di sini, pada Sabtu.



Suhaizan dan Nazri berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) menerusi Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini.

Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641, mengalahkan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperolehi 29,642 undi.

Sementara itu, Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon Bebas, S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Kedua-dua PRK berkembar berkenaan dijalankan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lalu.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker