Tular Honda City terbalik langgar Subaru

SHAH ALAM – Sebuah kereta Honda City terbalik setelah melanggar tayar belakang kenderaan lain dalam kemalangan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

“Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Honda City dipandu seorang wanita berumur 36 tahun melanggar tayar belakang kenderaan jenis Subaru ketika mengubah haluan.



“Honda City tersebut kemudiannya dipercayai terbabas sebelum terbalik,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu Honda City dan pemandu Subaru yang juga merupakan seorang wanita berumur 33 tahun itu kemudiannya tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) oleh Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman,” katanya.



Pada Selasa, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan sebuah Honda City terbalik dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Plaza Tol Setia Alam berhampiran Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker