Najib teraniaya! Isham Jalil mahu PM teliti semula penglibatan Hakim Nazlan dalam kes SRC

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar meneliti semula penglibatan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada tahun 2010 untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham berkata, kerajaan perlu melihat kembali bagaimana fakta itu menyebabkan ketidakadilan ke atas Najib dalam penghakiman ke atas beliau.

Menurutnya, Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015.



Katanya, Mohd Nazlan juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC.

“Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Mohd Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC.

“Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.



“Fakta berkenaan penglibatan Mohd Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Najib sebagai berat sebelah dan bias,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Sebelum itu, Anwar dilaporkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah dalam siasatan kes Mohd Nazlan selepas siasatan menyeluruh dilakukan agensi itu.

Untuk rekod, Mohd Nazlan sebelum ini merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan membabitkan Najib yang juga bekas Perdana Menteri yang berdepan pertuduhan jenayah membabitkan SRC.

Beliau didakwa terbabit dalam konflik kepentingan semasa mendengar perbicaraan tersebut dan melanggar kod etika.



Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.

Mengulas lanjut, Isham yang juga Ketua Penerangan UMNO menegaskan, walaupun tindakan Mohd Nazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun ia besar kemungkinan melanggar etika kehakiman.

Ujarnya, ia sekali gus menjadi asas yang kuat untuk kes SRC membabitkan Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua.

“Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim,” syor beliau lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker