Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi, sumber yang dekat dengan kepimpinan Bersatu mengesahkan serbuan itu.
Ya, ia (serbuan) dibuat semalam,” kata sumber
Terdahulu, laporan The Star dan Free Malaysia Today memetik sumber sebagai mendakwa LHDN telah menyerbu kediaman ahli parlimen Larut itu
The Star melaporkan serbuan diadakan pada pagi semalam, sementara laporan Free Malaysia Today menyatakan ia dibuat malam semalam.
Menurut laporan The Star, serbuan dibuat ekoran “dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan”.
Menurut The Star, sumber mendakwa yang Hamzah berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas.
Sumber yang dekat dengan Hamzah dipetik berkata ia merupakan “tindakan bermotifkan politik oleh pihak berkuasa” memandangkan pemimpin Bersatu itu sentiasa merekodkan cukainya.
“LHDN tidak menyatakan secara terperinci sebab serbuan sama ada berkaitan cukai melibatkan syarikat atau projek tertentu atau tidak.
“Hamzah masih menunggu dokumen dari LHDN,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Bersatu dan pemimpin Bersatu untuk mendapatkan pengesahan dan komen berhubung perkara ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah
- Naratif Pas kononnya Islam terancam punca suhu politik panas – Khairuddin
- PERODUA Axia E harga ‘rahmah’ RM22,000
- Mahathir dakwa DAP pengaruh besar dalam kerajaan
- Peguam dakwa Kerajaan Malaysia mahu Najib bankrap
- Terduduk terkejut apabila dapat tahu anak ditangkap – Noralbaniah
- Kegiatan judi dalam talian haram dinaungi orang politik
- Anwar dakwa anak beranak Mahathir dapat kontrak RM214.2 juta
- Ini sebab DAP hanya dapat 4 jawatan dalam kabinet
- “Dulu takut melepaskan dan benci perpisahan, kini tahu bahawa melepaskan itu indah” – Puteri Sarah
- Isteri tetak suami kerana bergaduh pasal duit
- Anwar akhirnya jawab Mahathir
- Jaringan Safawi bertaraf Puskas
- Pemerkasaan Jakim hanya wayang – Ahli G25
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.