Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

PETALING JAYA – Pemain piano terkenal Malaysia, Cathryn Li, menjadi tumpuan di media sosial apabila dia secara tidak sengaja menunjukkan duit simpanan di dalam akaun bank miliknya lebih RM40 juta.

Cathryn yang pada awalnya hanya ingin berkongsi mengenai penolakan duit yang dialami sebanyak RM28, sebaliknya mengejutkan orang ramai dengan pendedahan tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story Cathryn, dia memuat naik satu tangkap layar penyata bank bagi menjelaskan potongan duit dipercayai dibuat tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, tanpa disedari, Cathryn secara tidak sengaja telah mendedahkan sebahagian hartanya apabila dia tidak menutup ruang baki yang berjumlah RM40,360,535.25.

Tangkap layar penyata bank milik Cathryn yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Difahamkan, tangkap layar tersebut telah diturunkan selepas ia tular di laman media sosial baru-baru ini.

Sehubungan itu, rata-rata ramai terkejut dan tidak menyangka dengan kekayaan dimiliki Cathryn meskipun dia baru berusia 33 tahun

Cathryn yang dilahirkan di Malaysia turut dikenali sebagai seorang pelakon dan model terkenal mempunyai sebanyak 3 juta pengikut di Instagram.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker