Tok Mat jawab dakwaan Annuar Musa

Tok Mat jawab dakwaan Annuar Musa

Tiada bukti lebih dua juta ahli UMNO telah meninggalkan parti itu seperti didakwa Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam masa sama, Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, terpulang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk membuat kenyataan, namun, biarlah munasabah.



Kata Mohamad, beliau tidak mengetahui bagaimana bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mendapat angka berkenaan.

“Saya tidak tahu daripada mana beliau dapat angka tersebut, kalau beliau boleh bagi setiap orang punya nombor kad pengenalan orang nak keluar bolehlah kita mempercayainya.

“Tetapi kalau setakat mendakwa saya boleh pula mengatakan saya dapat dua juta orang masuk jadi ahli UMNO. Apa buktinya?” soal beliau lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh, bahawa UMNO tidak lagi menjadi pilihan sebahagian besar rakyat di negara ini.



Mohamad, bagaimanapun, tidak menafikan, terdapat sejumlah kecil ahli UMNO yang keluar parti berkenaan, namun, jumlah tersebut tidak sebesar dakwaan yang dibuat Annuar.

Tok Mat jawab dakwaan Annuar Musa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker