PN bakal umum 10 bekas ‘warlord’ Umno sertai PN

PN bakal umum 10 bekas ‘warlord’ Umno sertai PN

Perikatan Nasional (PN) akan membuat pengumuman mengenai kemasukan kira-kira 10 ‘warlord’ daripada Umno ke gabungan itu, tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengumuman itu akan dibuat semasa program yang diaturkan oleh mereka.



“Kita tengah buat perancangan untuk kita umumkan dalam waktu yang terdekat. Ia akan disesuaikan dengan program-program yang telah kita aturkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Razali Idris sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya 10 ‘warlord’ daripada Umno dijangka akan menyertai PN sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya dilaporkan mengucapkan selamat maju jaya kepada beberapa bekas pemimpin parti itu yang akan menyertai PN sebelum PRN.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan, hanya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mengadakan perbincangan dengan Khairy Jamaluddin mengenai dakwaan penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau ke gabungan itu.



“Itu kena tanya dia (Khairy). Biar (Khairy) dengan Presiden saya (Muhyiddin) berbincang,” katanya. HM

PN bakal umum 10 bekas ‘warlord’ Umno sertai PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker