Kuza, Kunie diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah Rizalman

Kuza, Kunie diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah Rizalman

Mahkamah Sesyen Sivil hari ini, mengarahkan pelakon adik beradik, Kuza dan Kunie, memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah dikemukakan bekas abang ipar mereka yang juga Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan anak lelakinya.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Aizul Rohan Anuar, yang mewakili Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Mohd Muzani dan adiknya, Tengku Sariwani atau Kunie selaku defendan pada pengurusan kes hari ini.



“Mahkamah mengarahkan supaya pembelaan itu difailkan sebelum atau pada 5 Julai ini. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Julai ini,” katanya ketika dihubungi selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim, Azian Othman.

Sementara itu, Datuk Adnan Seman selaku peguam yang mewakili plaintif, Rizalman dan anak lelakinya, Nik Muhammad Hakimi, mengesahkan perkara itu.

Tambahnya, mahkamah turut mengarahkan pihak plaintif untuk memfailkan afidavit balasan terhadap pembelaan yang akan difailkan defendan pada 20 Julai ini.

Writ saman itu menamakan Kuza dan Kunie sebagai defendan pertama dan kedua.



Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Rizalman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Nik Muhammad Hakimi mendakwa dua beradik itu (Kuza dan Kunie) mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka melalui laman sosial Instagram dan TikTok sekitar Februari lalu.

Kenyataan yang dikatakan fitnah itu berkaitan kakak mereka, Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani atau Kuna pada majlis perkahwinan Nik Muhammad Hakimi yang juga anak Rizalman dan Kuna, sebelum pasangan itu bercerai pada 5 Disember 2001.

Menurut penyataan itu, plaintif kedua, Nik Muhammad Hakimi berkahwin dengan anak Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain, pada 17 Februari lalu.

Sehari sebelum majlis persandingan, satu raptai diadakan memandangkan tetamu jemputan kehormat majlis sebenar turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.



Pada majlis raptai itu, Kuna turut dijemput untuk persiapan majlis, bagaimanapun selepas majlis raptai selesai, pihak pengantin lelaki dan perempuan dimaklumkan oleh pihak Istana Negara hanya dua wakil bagi setiap keluarga dibenarkan untuk berada di dalam bilik menunggu yang menempatkan pasangan diraja itu bagi tujuan bergambar.

Pada majlis diadakan pada 17 hingga 19 Februari lalu, Kuna ditempatkan semeja dengan Rizalman dan isterinya yang turut menempatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri, Timbalan Menteri Pertahanan bersama isterinya dan beberapa kenamaan lain.

Kuza dan Kunie juga hadir dan ditempatkan di meja kenamaan serta diberi layanan istimewa selaku keluarga terdekat plaintif kedua.

Bagaimanapun, pada 26 Februari lalu, Kunie didakwa mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya mempertikaikan mengapa kakaknya, Kuna, tidak dibenarkan berada di bilik menunggu bersama-sama kenamaan lain dan mendakwa kejadian itu berlaku kerana pelakon itu berstatus janda.



Kenyataan itu turut disokong oleh Kuza yang turut mengeluarkan komen berbaur fitmah di bahagian komen dan turut mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah di laman Instagram miliknya sendiri.

Kunie juga didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui video yang diterbitkan di laman Instagram miliknya dan video sama disiarkan semua di laman Instagram milik Kuza. BH

Kuza, Kunie diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah Rizalman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker