Bapa Anzalna tak mau ulas lagi

Bapa Anzalna tak mau ulas lagi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim, 64, belum lagi menerima jawapan rasmi daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkaitan sebab sebenar kontrak perkhidmatannya ditamatkan serta-merta berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Md Nasir ketika dihubungi juga enggan mengulas lagi mengenai isu terbabit.



“Buat masa ini, saya tak nak keluarkan apa-apa ‘statement’ (kenyataan) lagi,” katanya ringkas kepada Harian Metro menerusi WhatsApp.

Terdahulu, Md Nasir menerusi satu sidang media menjelaskan pemecatannya dalam tempoh 24 jam sebagai CEO Finas itu tidak membabitkan masalah integriti dan salah laku dirinya seperti berbuat jenayah pada sidang media diadakan baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, Md Nasir mengakui terkejut selepas menerima surat penamatan kontrak tugasnya pada 31 Mei lalu walaupun akur dan reda hanya dapat berkhidmat selama setahun tujuh bulan dengan Finas.

Md Nasir yang juga bapa pelakon Anzalna dan Afifah Nasir dilantik sebagai CEO Finas pada 31 Oktober 2021 bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November tahun itu sehingga 30 Oktober ini.



Pelantikannya bagi menggantikan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyandang jawatan berkenaan selepas kontraknya berakhir pada 15 Oktober 2021. HM

Bapa Anzalna tak mau ulas lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker