Jangan terbeban dengan kritikan ‘lepas geram’, kita mara – Tok Mat
PAU 2023
Jangan terbeban dengan kritikan ‘lepas geram’, kita mara – Tok Mat
Ahli Umno diminta merapatkan barisan dan melangkah ke depan, ketika ia dihujani kritikan tajam daripada bekas pemimpin dan ahli yang dihukum.
Timbalan Presiden Mohamad Hasan meminta ahli Umno jangan terbeban dengan kritikan-kritikan yang dianggap sebagai ‘melepas geram’, daripada bekas pemimpin yang sudah meninggalkan mereka dan ahli-ahli yang digantung keahlian.
“Kadang-kadang ada ungkapan dan cakapan mereka lemparkan itu merupakan ‘tembok psikologi’, ada juga merupakan ingin lepaskan geram. Saya harap ahli tidak terganggu. Kita mara,” katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke ruang media di perhimpunan agung Umno 2023, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Mohamad berkata kritikan perlu dinilai dengan baik dan parti tidak akan menyekat kebebasan bersuara.
“Apa juga yang mereka cakapkan, apa yang dilemparkan itu, orang ramai boleh menilai,” katanya, dan menambah keutamaan ketika ini ialah mengukuhkan parti.
“Kita tak mampu lagi berpecah, kita tak mampu lagi berselisih dan berpuak. Kurangkan sindir-menyindir antara satu sama lain.” FMT
Jangan terbeban dengan kritikan ‘lepas geram’, kita mara – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
- Jocelyn Chia: Pemuda UMNO serah memorandum bantahan ke Kedutaan AS
- Lelaki tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu
- Status hubungan punca pemain bola sepak belasah kekasih
- PAU 2023: Amanat Najib untuk UMNO
- Zahid ingatkan Anwar lantik wakil Umno ke exco kerajaan negeri
- Laungan ‘Bebas Bossku’ bergema di Dewan Merdeka
- Rizalman saman fitnah dua pelakon
- Azizulhasni ‘meletup’ tuntut janji
- TikTok keluarkan klip video Jocelyn Chia persendakan Malaysia, tragedi MH370
- Tampar kepala wanita, lelaki dipenjara tujuh hari
- Bersemangat Anwar nyanyi lagu UMNO
- Tolong ‘Bossku’ atau kami tak bantu kempen PRN – Akar umbi
- Zahid kata tak perlu, Tok Mat kata minta maaf jika DAP besar hati
- Mahathir ‘payung’ Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS
Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel