Tajuddin dakwa Umno dapat padah nasihat Ahmad Maslan

Tajuddin dakwa Umno dapat padah nasihat Ahmad Maslan

Tajuddin Abdul Rahman muncul di tepian Perhimpunan Agung Umno 2023 petang ini, dengan dakwaan bahawa pengaruh Umno merosot hari ini lantaran padah nasihat Ahmad Maslan, ketika menjadi setiausaha agung.

Ketika dikelilingi pemberita, beliau yang digantung keahlian selama enam tahun itu mendakwa Ahmad menjelang PRU15 tidak mengendahkan pandangan akar umbi berhubung calon pilihan raya.

“Dia tidak menjadi penasihat yang betul kepada presiden,” kata Tajuddin, yang menambah ramai dalam kalangan akar umbi tidak mahu calon pilihan pimpinan parti.

“Mereka dah bagi tahu parti, tapi Ahmad tak nak dengar. Mereka nak calon tempatan tapi parti tetap hantar calon luar. Jadi berlaku pemberontakan dari akar umbi. Mereka pilih calon lawan sebagai protes. Siapa yang rugi?”

Bekas pengarah pilihan raya Umno itu kemudian berkata beliau pernah membangkitkan isu ini.

“Sebelum ni saya tegaskan dengar akar umbi, jangan dengar orang keliling yang mengampu.

“Tengok apa yang berlaku sekarang.”

Kehadiran Tajuddin di persidangan tahun ini mencetuskan kejutan, walaupun rayuan keahliannya masih menjadi tanda tanya. Keahliannya digantung enam tahun pada Oktober tahun lalu, sebelum PRU15 pada November.

Umno merekodkan kekalahan terburuknya pada PRU15 apabila hanya menang 26 kerusi. FMT

Tajuddin dakwa Umno dapat padah nasihat Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker