Menang RM10,000 Syaiful, Syarif Zero mahu derma ke tabung Palestin

Menang RM10,000 Syaiful, Syarif Zero mahu derma ke tabung Palestin

Rezeki RM10,000 yang berpihak kepada pelawak, Syaiful dan Sharif Zero sebagai juara minggu pertama Famili Duo musim tiga (FD3) tidak akan menjadi milik mutlak mereka.

Menurut Syaiful atau Mohd Syaiful Doli, kemenangan tersebut menyuntik semangat mereka, malah sebahagian wang tersebut ingin disumbangkan kepada tabung Palestin.



“Sebenarnya kemenangan ini juga mahu kami kongsi dengan Atu yang membuka laluan kepada kami untuk turut serta dalam pertandingan ini.

“Pada masa sama kami juga sepakat berkongsi kesyukuran dengan menyalurkan sebahagian wang ntuk membantu saudara seagama di Palestin,” katanya pada sidang media usai konsert minggu pertama FD3, malam tadi.

Pasangan misteri yang hanya diumumkan sebagai peserta keenam itu membawakan lagu dangdut Ikan Dalam Kolam, Kopi Dangdut dan Dag Dig Dug secara medley.

Persembahan mereka meraih pujian juri, Mas Idayu dan Ajai dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 55.4 peratus.



Selain Syaiful dan adiknya Sharif atau nama sebenarnya Sharif Khadir, 33, pertandingan nyanyian membabitkan selebriti yang mempunyai pertalian keluarga tersebut turut disertai lima lagi peserta duo.

Mereka adalah Shila dan Syahir Amzah, manakala pasangan adik beradik lain Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi serta pensohor media sosial, Ryan Bakery dan Adam Bakery.

Antara duo lain suami isteri, Fuad Rahman dan Tom serta saudara sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.

Pada masa sama, Syaiful dan Sharif juga mendapat kelebihan untuk memilih tema iaitu cinta bagi FD3 minggu kedua nanti.



Program yang menyaksikan enam pasangan duo bakal bersaing selama lapan minggu itu menawarkan RM100,000 bagi juara edisi ke tiga ini.

Program lapan episod berkenaan menyaksikan pemenang mingguan dipilih bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian melalui Tonton membabitkan 30 peratus. K Online

Menang RM10,000 Syaiful, Syarif Zero mahu derma ke tabung Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker