Dua mayat ditemui dalam tasik di Kepong

Dua mayat ditemui dalam tasik di Kepong

Pasukan bomba membantu polis mengeluarkan dua mayat yang ditemui dalam Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Peyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan, memaklumkan menerima panggilan kecemasan kes itu menerusi talian MERS999 pada jam 10.21 pagi tadi.



Katanya, seramai 14 anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang serta BBP Jalan Hang Tuah ke lokasi untuk operasi membawa naik dua mayat berkenaan.

“Mangsa pertama, seorang wanita dewasa warga tempatan berumur 30 tahun ditemui terapung, berjaya dikeluarkan dan diserah kepada polis.

“Pada operasi sama, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) bomba turut menemui seorang lagi mangsa yang tenggelam dalam tasik berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun dan mayatnya juga diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Setakat ini belum dapat dipastikan punca kejadian dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak polis. BH

Dua mayat ditemui dalam tasik di Kepong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker