Ibu, anak lelaki bertemu selepas 48 tahun terpisah

Ibu, anak lelaki bertemu selepas 48 tahun terpisah

Kuala Lumpur: Rakaman video yang memaparkan pertemuan semula antara seorang lelaki dan ibunya terpisah selama 48 tahun, sejak lahir meruntun hati netizen di TikTok sejak semalam.

Video berkenaan dikongsikan isteri lelaki berkenaan, dikenali sebagai Eyda Badri, memaparkan lelaki berusia 48 tahun dari Seri Kembangan, Selangor itu bertemu ibu kandungannya buat kali pertama di Machap, Johor.

Lelaki dikenali sebagai Ahmad Suffian Mohd Shafie mendakwa berpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir dan tidak pernah bertemu dengannya.

Pada pertemuan itu, Suffian bertanya kepada ibunya jika dia mengecamnya melalui tahi lalat di wajahnya, namun jawapan wanita berusia 60-an itu negatif.

Dia kemudiannya menyebut nama arwah bapanya Mohd Shafie @ Piyee dan seorang lagi bernama Suffian sebelum ibunya mengatakan Piyee adalah bekas suaminya.

Ibunya memberitahu yang dia mempunyai seorang anak lelaki dengan Shafie yang dinamakan Suffian, namun berpisah selepas melahirkan anak lelaki itu pada 48 tahun lalu.

Wanita itu turut bercerita yang Suffian dibawa ke Perak selepas dia melahirkan, namun masih tidak menyedari jika lelaki yang bercakap dengannya itu adalah Suffian.

Suffian kemudiannya menunjukkan kad pengenalannya dan dirinya sambil mengatakan adakah ini dirinya sebelum ibunya yang mendengar itu terus menangis terharu.

Seorang pengguna TikTok chekna2020 menulis: “Alhamdulilah, saya juga berasa terharu. Alhamdulillah, akhirnya mereka bertemu.”

CikZirah pula memuji isteri Suffian kerana bersama-sama membantu mencari ibu suaminya itu. HM

Ibu, anak lelaki bertemu selepas 48 tahun terpisah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik

Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)

Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker