Dr Samhan nafi jual produk sebabkan komplikasi teruk pada wajah

Dr Samhan nafi jual produk sebabkan komplikasi teruk pada wajah

Terkejut dengan dakwaan menjual produk mendatangkan komplikasi teruk kepada wajah, pengasas klinik Forhim dan pempengaruh, Dr Ahmad Samhan Awang menafikan produk itu keluaran kliniknya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Dr Samhan menyedari kewujudan produk kononnya diiklankan menggunakan wajah dan suaranya apabila beberapa pekerjanya menghantar tangkap layar iklan produk itu yang tular di media sosial.



“Ada beberapa pekerja saya menghantar tangkap layar iklan dan review (ulasan) seorang wanita selepas menggunakan produk itu, dia mengalami komplikasi teruk di wajahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Samhan percaya motif di sebalik penggunaan wajah dan suaranya dalam iklan produk ini adalah bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk mereka.

“Sebelum ini pun sudah banyak pihak yang menggunakan wajah dan suara saya untuk mengiklankan produk mereka di media sosial.

“Sebenarnya, mereka sudah memungut jutaan wang hasil daripada penipuan itu disebabkan mereka menggunakan wajah dan suara saya, pelanggan lebih percaya untuk membeli produk itu,” katanya.



Dr Samhan berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu juga menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) yang mampu meniru suara dan wajahnya sebagai iklan produk keluaran mereka.

Beliau berkata, pihaknya cuba untuk menghubungi pihak melakukan penipuan itu, tetapi gagal untuk menjejaki latar belakang mereka.

“Kami berusaha untuk menghubungi dan mencari alamat mereka, namun alamat yang tertera di media sosial milik mereka adalah palsu,” katanya.

Dr Samhan juga dalam usaha memfailkan saman kepada pihak yang menyalahgunakan wajah dan suaranya.



“Selain itu, saya juga menguar-uarkan perkara ini kepada pengikut di media sosial supaya jangan mudah tertipu dengan scammer (penipu) ini tetapi masih ramai yang tertipu disebabkan ada antara mereka yang tidak membaca poster yang saya muat naik itu, ” katanya.

Menurutnya, ramai pelanggan yang menghubunginya dan mengadu mendapat komplikasi teruk selepas memakai produk yang didakwa menggunakan wajah dan suaranya.

“Ada yang menghantar direct message di akaun Facebook dan TikTok saya mengatakan mata mereka bengkak dan ada juga yang mengalami keguguran rambut teruk selepas memakai produk itu.

“Lebih membimbangkan ada juga yang mengatakan produk itu tidak sampai ke rumah mereka,” katanya.



Katanya, masalah itu bukan sahaja memberi komplikasi teruk kepada pelanggan, malah ia juga akan memburukkan namanya sebagai doktor perubatan.

Beliau menasihatkan masyarakat di luar sana supaya jangan mudah percaya dengan pengiklanan produk yang menggunakan wajah dan suaranya.

“Saya mohon jangan tertipu dengan scammer itu kerana saya sendiri tidak pasti apa kandungan yang digunakan dalam produk itu kerana ia akan mendatangkan risiko,” katanya. HM

Dr Samhan nafi jual produk sebabkan komplikasi teruk pada wajah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker