16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara – Azalina
16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara – Azalina
Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
“Daripada jumlah 16 kes tersebut, mahkamah telah memerintahkan 13 kes dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan tiga kes lagi dilepas tanpa dibebaskan di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.
“Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan kes berprofil tinggi tersebut setelah menimbangkan, antara lain, perkembangan baharu sesuatu kes, representasi yang dikemukakan peguam bela tertuduh, tertuduh yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dijadikan saksi pendakwaan, atau tertuduh dikenakan kompaun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.
Muhammad Fawwaz meminta Perdana Menteri menyatakan data kes profil tinggi yang telah digugurkan oleh Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 dan alasan pengguguran kes tersebut.
Mengulas lanjut, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang memberitahu, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.
Katanya, keputusan yang dibuat adalah dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Sinar
16 kes berprofil tinggi digugurkan Peguam Negara – Azalina
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan
Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.