Tiada logo DAP atas kertas undi, apa nak risau – Ahmad Maslan

Tiada logo DAP atas kertas undi, apa nak risau – Ahmad Maslan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan berkata, kenyataannya menyeru akar umbi parti agar mengundi calon rakan sekutu, termasuk DAP, sengaja dipolemikkan, malah disalah tafsir.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, gesaan itu dibuat supaya pengundi memilih calon daripada parti kerajaan perpaduan, bukan hanya DAP.



“Bila berada dalam satu pasukan, kita perlu saling bantu-membantu,” katanya.

Tegasnya, tiada logo DAP mahupun Umno di atas kertas undi.

“Sebaliknya hanya logo gabungan, iaitu PH atau BN, dan lawan kita adalah PN. Itu jelas.

“Apa nak dirisaukan? Tak perlu polemikkan kenyataan saya begitu hebat,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan hari ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.



Umno dan DAP yang berseteru sekian lama kini bekerjasama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Ahmad sebelum ini meminta ahli Umno melihat calon DAP pada PRN akan datang di enam negeri sebagai mewakili kerajaan perpaduan, bukan atas nama parti sahaja.

Seorang lagi ahli MKT Umno, Isham Jalil, kemudian memberikan amaran bahawa sokongan kepada Umno akan terhakis jika pemimpinnya terus mendesak ahli mengundi calon DAP pada PRN. FMT

Tiada logo DAP atas kertas undi, apa nak risau – Ahmad Maslan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan



Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada



Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker