Sekretariat Industri Halal dan Keusahawanan UMNO bela usahawan, penggiat industri

Sekretariat Industri Halal dan Keusahawanan UMNO bela usahawan, penggiat industri

Sekretariat Hal Ehwal Industri Halal dan Keusahawanan UMNO Malaysia ditubuhkan untuk menyediakan wadah bagi membela hal ehwal usahawan dan penggiat industri halal.

Menurut Pengerusinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sekretariat yang baharu ditubuhkan itu bermesyuarat kali pertama semalam.



“Sekretariat ini juga melibatkan wakil dari usahawan, sektor korporat, wakil badan bukan kerajaan (NGO) selain dari wakil sayap-sayap UMNO dan wakil dari Negeri.

“Sekretariat itu akan berusaha untuk membantu usahawan dan perniagaan yang memerlukan sokongan bagi memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diketengahkan.

“Ini demi melahirkan generasi usahawan Bumiputera yang lebih berdaya saing dalam Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara teras-teras yang dipersetujui oleh sekretariat ini ialah;



i. Memastikan kelangsungan hidup Peniaga Mikro.
ii. Membantu peralihan usahawan daripada syarikat sederhana ke syarikat besar.
iii. Memacu dan memecut perkembangan syarikat besar ke peringkat global.
iv. Melahirkan Technopreneur Bumiputera untuk teknologi masa hadapan.

Pada mesyuarat sama, ahli jawatankuasa sekretariat juga bersetuju dengan ketetapan berikut :

1. Menggalakkan pembabitan profesional dan usahawan berjaya daripada pelbagai latar belakang dan lapisan umur untuk turut sama menyumbang idea dan pandangan bagi memastikan agenda sekretariat berjaya dilaksanakan.

2. Mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam industri halal dan keusahawanan dalam masa yang terdekat bagi memenuhi kehendak industri dan keperluan rakyat.



3. Merangka dan melaksanakan program yang berimpak tinggi kepada pemegang taruh.

Sekretariat Industri Halal dan Keusahawanan UMNO bela usahawan, penggiat industri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker