Tak memilih asal sesuai – Mira

Tak memilih asal sesuai – Mira

TIDAK terlalu fokus pada menerima tawaran duta barangan sebaliknya pelakon dan pengacara, Mira Filzah menganggap ia pentas mengembangkan karier sebagai anak seni.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, bertuah dan bersyukur apabila sekali lagi mendapat kepercayaan jenama terkenal penapis air Malaysia sejak dua tahun lalu.

“Saya amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada produk ini, namun bukan bermakna saya akan fokus pada menjadi duta dan kurangkan berlakon.

“Menjadi duta produk ini sebenarnya adalah sebahagian daripada perjalanan karier seni. Saya rasa mempelbagaikan karier pada setiap tahun ini bagus untuk mengekalkan saya dalam industri,” katanya.

Walaupun berstatus ibu dan isteri, Mira giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih meneruskan karier dalam lakonan memandangkan umurnya baru menganjak 30 dan masih banyak perkara yang boleh diterokai.

Menurut Mira, dia tidak menetapkan sebarang kriteria dalam setiap tawaran lakonan atau duta produk, sebaliknya jika tawaran itu bersesuaian dengan imejnya sekarang, dia akan menerimanya.

“Ketika Mira muda dulu boleh jadi duta produk yang memerlukan larian sana sini melompat atau lebih mudah gaya hidup aktif.

“Sekarang ini status Mira yang sudah pun bertukar menjadi ibu, mungkin Mira kena pandai pilih yang bersesuaian,” katanya.

Tambah Mira lagi, dia akan memastikan memberikan yang terbaik bagi setiap tawaran yang diperoleh, sekali gus memastikan tidak berlaku pertindihan penggambaran demi memastikan apa yang dirancang berjalan lancar.

Mira turut berkongsi caranya membahagikan masa bersama keluarga dengan memastikan semua tugasan yang perlu dilakukan disenaraikan mengikut jadual.

“Ada masanya saya pasti akan melalui fasa yang tidak mempunyai masa langsung untuk Amir (anak), terutama kalau terbabit dalam penggambaran drama.

“Kalau saya keluar pagi, dia tak bangun lagi, kalau dah balik malam dia pula dah tidur, kadang rasa sedih juga.

“Jadi, dalam jadual tahunan mungkin saya akan hadkan penggambaran drama, tetapi tidak bermaksud saya akan berhenti berlakon,” katanya. HM

Tak memilih asal sesuai – Mira

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker