Isham cadang Najib dikenakan tahanan di rumah
Isham cadang Najib dikenakan tahanan di rumah
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mencadangkan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenakan tahanan di rumah.
Menurut beliau, cadangan itu boleh dipertimbangkan pihak berkenaan sementara Najib menunggu proses pengampunan diraja terhadapnya selesai.
Isham memberitahu, secara teknikal, Najib boleh dianggap sebagai tahanan politik kerana terdapat banyak unsur politik dalam kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Bila dia masuk penjara, individu berprofil tinggi, unsur politik pun banyak, jadi kita boleh katakan dia tahanan politik.
“Mungkin boleh diusahakan beliau ditahan di rumah, kita kena usahakan.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu Najib dibebaskan, saya tengok banyak unsur ketidakadilan,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan melalui Facebook hari ini.
Pada 1 Mei lalu, Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, rayuan pengampunan oleh Najib akan dipertimbangkan untuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan pada waktu yang sesuai.
Najib sudah memfailkan petisyen pengampunan dan memaklumkan menerima serahan beberapa dokumen, antaranya salinan permohonan pengampunan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, bertarikh 1 September tahun lalu.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kekal menjalani hukuman penjara setelah panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 pada 31 Mac lalu menolak permohonan beliau menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda atas sabitan bersalah dalam kes SRC International.
Pada 7 April lalu, MKT UMNO pula membuat ketetapan memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.
Ketika ini, Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama. MG
Isham cadang Najib dikenakan tahanan di rumah
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan
You must be logged in to post a comment.