Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
SEORANG ahli politik Indonesia sedang dalam siasatan pihak berkuasa selepas isteri keduanya yang dikenali sebagai MY membuat laporan polis kerana dikasari dan dipukul lelaki tersebut.
Menerusi laporan media tempatan, MY mendakwa telah dikasari oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera yang dikenali sebagai Bukhori Yusuf dalam keadaan dirinya sedang hamil.
Insiden tersebut bagaimanapun telah berlaku pada November 2022 dan pasangan tersebut dilaporkan sudah bercerai.
Portal Tempo melaporkan Bukhori dan MY sempat hidup sebagai suami isteri hanya untuk tempoh sembilan bulan sebelum berpisah.
Namun MY telah dipukul beberapa kali sepanjang tahun lalu. Lantaran teruk dipukul, MY mengalami trauma dan kemurungan.
Lelaki tersebut antaranya didakwa pernah memukul wanita tersebut dengan kerusi, mencekik, menampar, menggigit sehingga memijak perut isterinya yang sedang hamil sehingga mengalami pendarahan.
Ekoran kontroversi tersebut, Bukhori diketahui telah meletakkan jawatannya sebagai ahli dewan perwakilan, malah pihak parti mengatakan masalah yang dihadapi bukan berkaitan dengan politik sebaliknya merupakan masalah peribadi.
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis. Gempak
Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
Baca Artikel Menarik:
- Langkawi ni Kedah punya – Sanusi
- Pesan Faizal pada Khairy
- Alif Satar Sebak, Anak Perempuan Titip Surat ‘Makan Dalam’
- Ketua kampung temui ajal atas pentas
- Anjur program ‘gang bang’, Kerajaan Johor beri amaran keras jangan buat perkara maksiat
- Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”
- Adira Suhaimi dengan madu tersayang
- Kuku dalam pinggan pelanggan, ilmu pelaris atau memang pengotor
- Kahwini pasangan gay, remaja ditemui mati dikhuatiri dibunuh
- Micheal Ang Luah Kesan Sampingan Covid
- Ini dikatakan punca kenapa Zizan Razak masih membujang
- China gam Uncle Roger
- Haji Hadi salahkan UMNO pula atas kegagalan PAS pinda RUU 355
- Bekas anak Perdana Menteri mengadap SPRM untuk siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama
You must be logged in to post a comment.