Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

“Untuk Membesarkan Anak, Bagi Saya Tak Mudah,” – Hamil Lagi? 

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua
Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Aktres Ummi Nazeera menolak khabar angin dan spekulasi segelintir pihak yang mendakwa dia kini sedang hamil anak ketiga susulan fizikal terkininya yang semakin berisi.

Menurut Umi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, sejujurnya dia belum bersedia kembali berbadan dua memandangkan komitmen dan tanggungjawab sebagai wanita hamil itu bukan suatu hal yang mudah.

“Cuma untuk membesarkan anak, bagi saya tak mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, saya belum lagi bersedia. Sebab kalau boleh, saya nak bagi kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang.

“Pada masa sama, saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak beri masa dan cinta buat anak-anak dan semestinya, suami,” katanya kepada MH.


Baca Artikel Menarik:

Watie Hanifiah Soal Shuib – Awak tak malu kan terbawa saya masuk televisyen?”

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Dalam pada itu, Ummi menjelaskan bahawa suaminya iaitu Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani bersedia untuk menimang cahaya mata seterusnya.

“Izzar nak (anak) tapi dia cakap hanya bila saya sudah bersedia. Kami buat family planning. Saya tidak menafikan ada ambil pil pencegahan kehamilan.

“Untuk anak pertama, saya tak ambil, namun anak kedua saya ambil terus. Berkesan untuk lima tahun tapi ada kemungkinan untuk hamil juga sebenarnya cuma peratusan sangat rendah,” katanya lagi.

Untuk rekod, Umi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor perubatan, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayra Aneesah, 5, dan Aysha Arsylia, 2.

Ummi Nazeera Jelaskan Belum Berbadan Dua

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker