Johor sasar kedudukan tiga terbaik Sukma Selangor
Johor sasar kedudukan tiga terbaik Sukma Selangor

Johor Bahru: Kerajaan Negeri Johor meletakkan sasaran tinggi untuk berada dalam kelompok tiga terbaik pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 Selangor yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan persediaan atlet yang sudah menjalani latihan rapi, selain mahu mengulangi pencapaian cemerlang kontinjen negeri pada Sukma ke-20 di Kuala Lumpur pada 2022.
“Jadi saya meletakkan sasaran yang tinggi kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Hasnul Atmam Othman dan atletnya untuk membawa Johor ke dalam ranking ketiga terbaik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Clock-In di Pejabat Majlis Sukan Negeri Johor, Kota Iskandar di sini hari ini.
Beliau memaklumkan kontinjen Johor kali ini akan dibarisi 686 atlet, tidak termasuk pegawai, yang akan membawa cabaran negeri ke temasya berkenaan.
Dalam pada itu, Mohd Hairi turut menekankan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan fasiliti sukan berada dalam keadaan terbaik bagi menyokong pembangunan atlet.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030
- ‘Tak Banyak Alasan’ Bukti UMNO Putrajaya Terus Bersama Rakyat
“Pagi tadi saya sempat memberikan amanat perkara seperti Khabib Gym, Lee Chong Wei Academy, pickleball serta infrastruktur stadium yang perlu diperhebat dan dipercepatkan lagi perkembangannya,” katanya.
Mengenai perkembangan sukan peringkat antarabangsa, Mohd Hairi berkata Johor akan turut menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA tahun depan.
“Justeru, saya mahu penganjuran temasya ini di negeri Johor, khususnya bola sepak menjadi satu kenangan yang indah buat semua atlet yang datang dari seluruh Asia Tenggara, terutama dari segi fasiliti sukan,” katanya.
Beliau juga memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak hotel serta jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan kemudahan penginapan dan logistik untuk temasya berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang isu.
Mohd Hairi turut menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas kepercayaan dan perkenan baginda mengekalkan beliau menerajui portfolio sama dalam pentadbiran kali ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman Politik: PH Boleh, Bila BN Salah? Gulam Bidas AMH
- Dap Utamakan Kepentingan Jawatan Berbanding Isu Rakyat – Razlan
Beliau berikrar untuk menggalas amanah tersebut dengan penuh dedikasi bagi memastikan sektor sukan dan kebajikan golongan muda di negeri ini terus diperkasa, selaras dengan aspirasi pembangunan Johor.
Johor sasar kedudukan tiga terbaik Sukma Selangor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Perjuangan Wanita UMNO Terus Diperkukuh – Sharkar
- UMNO Terus Lahirkan Pemimpin Negara, Disiplin Parti Kunci Kekuatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu KWAP Rugi RM200 Juta: Dedahkan Hasil Siasatan Penuh Secara Telus
You must be logged in to post a comment.