Hakim Danish mahu kekal di saingan Moto3 semusim lagi
Hakim Danish mahu kekal di saingan Moto3 semusim lagi

Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli lebih cenderung untuk kekal beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto3 sekurang-kurangnya semusim lagi meskipun namanya dikaitkan dengan peluang beraksi dalam saingan Moto2 musim depan.
Menurut Hakim Danish, dia masih memerlukan lebih banyak pengalaman dan ilmu sebelum bersedia menggalas cabaran di pentas yang lebih kompetitif.
Bagaimanapun, pelumba berusia 19 tahun itu menjelaskan keputusan muktamad mengenai hala tuju kariernya akan diserahkan kepada Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin.
“Bagi saya, daripada pandangan saya, mungkin saya mahu kekal lagi setahun di Moto3. Apa pun, saya serahkan semuanya kepada Zulfahmi dan dia yang akan membuat keputusan untuk saya,” katanya pada Majlis penajaan bersama RCB bagi tahun 2026, hari ini.
Tambahnya, keinginannya untuk terus kekal di Moto3 bukan kerana belum berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya mahu memanfaatkan peluang menimba lebih banyak pengalaman sebelum melangkah ke kategori lebih tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030
- ‘Tak Banyak Alasan’ Bukti UMNO Putrajaya Terus Bersama Rakyat
Katanya, Moto2 menawarkan cabaran yang jauh berbeza, bukan sahaja dari segi persaingan, malah membabitkan pengendalian jentera yang lebih berkuasa.
“Saya mahu menambah lagi ilmu di Moto3. Kalau pergi ke Moto2, saingannya memang lebih mencabar, jadi saya perlu fikir betul-betul sebelum membuat keputusan itu.
“Di Moto2, banyak faktor yang perlu dilihat, terutama dari segi pengendalian motosikal yang lebih besar dan berkuasa. Selain itu, ramai pelumba yang sangat kompetitif.
“Kalau saya kekal semusim lagi di Moto3, saya rasa dapat memahami lebih banyak perkara, termasuk cara perlumbaan dan meningkatkan kawalan motosikal sebelum melangkah ke kategori seterusnya,” katanya.
Terdahulu, Zulfahmi mendedahkan pelumba kelahiran Terengganu itu menjadi rebutan beberapa pasukan dan sudah mengadakan pertemuan dengan mereka.
Bagaimanapun, keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas mendapatkan pandangan Hakim Danish mengenai hala tuju kariernya.
Hakim Danish mahu kekal di saingan Moto3 semusim lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Perjuangan Wanita UMNO Terus Diperkukuh – Sharkar
- UMNO Terus Lahirkan Pemimpin Negara, Disiplin Parti Kunci Kekuatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu KWAP Rugi RM200 Juta: Dedahkan Hasil Siasatan Penuh Secara Telus
You must be logged in to post a comment.