Aaron dan pasangan sedia gegar Terbuka China

Aaron dan pasangan sedia gegar Terbuka China

Aaron dan pasangan sedia gegar Terbuka China
AARON Chia. FOTO RAIHANA MANSOR

Kuala Lumpur: Pemain berpengalaman beregu lelaki negara, Aaron Chia menyatakan dirinya dan gandingan baharunya, Aaron Tai perlu bersedia bertemu dengan pasangan pilihan atau mereka yang berada di ranking lebih tinggi pada Terbuka China yang akan bermula esok.

Bagi Aaron, fokus utama adalah membentuk kesefahaman antara kedua-duanya sewaktu beraksi kerana itu akan memudahkan urusan mereka untuk menampilkan corak permainan terbaik tanpa perlu memikirkan lawan yang akan dihadapi.

Katanya, perkara itu adalah satu kebiasaan apabila pasangan yang baru digandingkan akan berdepan beregu lebih kuat pada pusingan awal dan ia bukan alasan untuk menyerah sebelum perlawanan bermula.

“Siapa lawan kami sebenarnya tidak begitu penting. Sebagai pasangan baharu, kami perlu bersedia untuk berdepan sesiapa sahaja, termasuk pasangan pilihan.

“Ia berbeza ketika saya bergandingan dengan Soh Wooi Yik kerana kami adalah pasangan pilihan dan kadangkala bertemu pasangan bukan pilihan pada pusingan awal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persidangan UMNO Labuan Angkat Suara Rakyat


“Bagi kami, persiapan adalah perkara paling penting. Jika kami membuat persiapan rapi, kami akan memberikan aksi terbaik tanpa mengira siapa lawan yang dihadapi,” katanya.

Untuk rekod, di pusingan 32 terbaik, Aaron-Aaron akan bertemu beregu nombor tiga dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Sekiranya mara ke pusingan kedua, mereka berpeluang bertemu rakan senegara yang juga pasangan lama Aaron, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik yang akan akan bertemu wakil England, Ben Lane-Sean Vendy di pusingan awal.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu turut mengakui persiapan mereka agak singkat kerana Aaron Tai yang beraksi di Terbuka Jepun berjaya mara sehingga ke suku akhir.

Justeru, jadual latihan mereka juga perlu diselaraskan agar mereka boleh berlatih bersama tanpa memberi kesan terutama yang boleh mengundang kecederaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN: Pemimpin UMNO Bukan DNA Penderhaka Institusi Raja


“Kami hanya sempat berlatih bersama selama beberapa minggu sebelum Terbuka China. Sebelum Aaron Tai berlepas ke Terbuka Jepun, kami sempat menjalani beberapa sesi latihan bersama.

“Bagaimanapun, dia juga perlu membuat persiapan dan bertanding bersama Khai Xing, jadi kami perlu menyusun jadual latihan secara bergilir,” katanya.

Aaron dan pasangan sedia gegar Terbuka China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu KWAP Rugi RM200 Juta: Dedahkan Hasil Siasatan Penuh Secara Telus

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker