Takut kena balun, pencuri merayu menangis mohon maaf ketika ditangkap

Seorang pencuri menangis meminta maaf selepas ditangkap penduduk ketika cuba melarikan sebuah motosikal, lapor laman berita Detik kelmarin.

Berdasarkan  video yang dikongsikan di laman sosial, pelaku dibawa ke rumah salah seorang penduduk selepas ditangkap cuba mencuri motosikal dalam kejadian pada Jumaat lalu di Bogor, wilayah Jawa Barat.

Seorang lelaki turut dilihat cuba menendang suspek, namun sempat dileraikan oleh penduduk lain.

Suspek yang ketika itu sedang duduk cuba mengelak sambil menangis meminta maaf sebelum dibawa ke balai polis oleh penduduk.

“Ampun, ya Allah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Parung, Komisioner Polis Sularso berkata, terdapat dua orang suspek terlibat dalam kejadian yang berlaku di sebuah kawasan bilik sewa itu.

“Kegiatan dua suspek itu disedari oleh penghuni kawasan berkenaan yang mendengar bunyi motosikal dihidupkan,” katanya.

Tambah Sularso, kedua-dua mereka kemudian cuba melarikan diri, namun salah seorang daripada mereka terjatuh sebelum ditangkap penduduk.

“Penduduk dapat menangkap seorang pelaku, manakala seorang lagi melarikan diri,” jelasnya sambil menambah, suspek pertama kini ditahan di balai polis dan suspek kedua masih diburu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker