Dasar DAP bercanggah dengan UMNO, konvensyen ‘Dewan Merdeka’ tidak menguntungkan orang Melayu

ALOR SETAR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan didakwa tidak banyak membawa keuntungan politik kepada orang Melayu dan UMNO walaupun diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dianggap ‘rumah keramat’ parti itu.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, walaupun diuruskan oleh Setiausaha Agung UMNO, konvensyen tersebut tidak membawa manfaat kepada UMNO kerana dasar perjuangan berbeza kesemua 19 parti terlibat.

Sebagai contoh katanya, UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu serta Islam mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau ‘Malaysian Malaysia’.



“Dasar DAP itu bercanggah dengan UMNO dan inilah yang menjadi penyebab konfrontasi serta penentangan UMNO selama ini terhadap perjuangan parti itu. UMNO bukan menentang DAP kerana kaum Cina seperti digembar-gemburkan DAP kononnya parti itu bersifat rasis sebelum ini.

“Selain itu kemarahan dan kebencian terhadap DAP selama ini disebabkan sikap cauvinis pemimpin parti itu. Jadi siapakah yang akan mengorbankan dasar parti jika masing-masing bertekad untuk bersama dalam sebuah perpaduan nasional,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Yusof turut mempersoalkan sama ada UMNO sanggup menggadaikan dasar mempertahankan hak istimewa orang Melayu sekiranya semua parti yang terlibat dalam konvensyen tersebut bersetuju merombak dasar masing-masing.

“Dalam masa sama, adakah UMNO sanggup menerima dasar kesamarataan DAP dan PKR? Perlu diingat dalam kesemua parti yang terlibat, PKR dan DAP memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak.



“Inilah perkara pokok yang sepatutnya dibincangkan dalam konvensyen semalam dan bukan hanya membincangkan bagaimana untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan yang dilihat sudah mula menguntungkan dasar perjuangan DAP serta PKR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bertanya di mana suara penentangan pemimpin UMNO terhadap tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

“Selama ini UMNO dan orang Melayu Islam menentang keras penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian, namun sekarang ia dibenarkan Kerajaan Perpaduan. Suara penentangan daripada UMNO yang membawa suara orang Melayu Islam seolah-olah sudah dibisukan,” katanya. –UTUSAN

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak



‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker