Bintang K-pop Haesoo mati bunuh diri

 

TIDAK sampai sebulan selepas pemergian anggota kumpulan Astro, Moonbin, hari ini dunia hiburan K-pop dikejutkan pula kematian penyanyi Haesoo yang ditemui tidak bernyawa di dalam bilik asramanya.

Kematian secara mengejut penyanyi usia 29 tahun itu dipercayai akibat membunuh diri apabila pihak polis menjumpai sepucuk surat.

Surat yang dijumpai menandakan tidak mengesyaki sebarang unsur pembunuhan yang berlaku ke atas Haesoo.

Bagaimanapun, butiran dalam surat yang ditulis penyanyi wanita itu dirahsiakan oleh pihak polis untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

Sebelum ini, pihak polis ada melaporkan tentang penemuan mayat bintang K-pop di sebuah bilik hotel pada 11 Mei lalu tanpa mendedahkan identiti sehingga siasatan selesai.

Ikut perancangan, pada 20 Mei nanti, Haesoo sepatutnya mengadakan persembahan di sebuah festival namun pihak pengurusannya, YTN mengumumkan penyanyi itu tidak akan terlibat dalam acara tersebut.

Haesoo yang dilahirkan pada tahun 1993 itu mengambil jurusan muzik tradisional Korea ketika menuntut di universiti. Penyanyi itu melakukan debut menerusi album My Life I Will pada 2019 dan semakin dikenali selepas membintangi beberapa rancangan televisyen seperti The Trot Show, AM Plaza dan Gayo Stage

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker