Mahathir tinggalkan GTA pulak

Mahathir tinggalkan GTA pulak

Mahathir Mohamad mengesahkan kini tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air (GTA) mahupun memegang sebarang jawatan dalam gerakan itu.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membuat keputusan demikian selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik, serta gagal menarik sokongan pengundi seperti pada PRU15.



“(Jawatan Pengerusi GTA) yang itu (perkara) lama… (kini saya) tidak ada (sebarang jawatan), (matlamat penubuhan) GTA tidak jadi, (GTA) tidak membantu kita (untuk menang pilihan raya), kerana ia (berbentuk) parti.

“Kita dapati kalau (bergerak) sebagai parti, kita tidak boleh menang, kita sudah lawan pada PRU15, GTA dan Pejuang kalah 125 kerusi (selain hilang deposit),” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, Jitra, malam tadi, lapor Astro Awani.

Menurutnya, beliau kini bergerak menerusi platform Proklamasi Orang Melayu, tanpa terlibat dengan mana-mana parti politik.

Platform itu, katanya, mampu memberikan kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat sudah hilang taring di negara sendiri.



Pada Ogos tahun lepas, Mahathir mengumumkan penubuhan GTA, yang dianggotai Pejuang, dua parti kecil dan profesional Melayu untuk bertanding dalam PRU15 pada November.

Malangnya, semua calonnya kecundang dan hilang wang deposit, termasuk Mahathir dan anaknya, Mukhriz yang mendapat kurang 1/8 undi di kerusi Parlimen Langkawi dan Jerlun.

Pejuang meninggalkan GTA pada Januari lepas, setelah mengambil kira pandangan ahli-ahlinya ekoran kekalahan teruk parti itu pada PRU15, menurut presidennya, Mukhriz.

Sebulan kemudian, Mahathir bersama 13 pemimpin Pejuang lain meninggalkan parti itu kerana tidak bersetuju dengan tindakannya meninggalkan GTA.



Mahathir tinggalkan GTA pulak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker