Asyik kalah, terima separuh gaji sahaja – Norizam

Asyik kalah, terima separuh gaji sahaja – Norizam

Kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan Kelantan FC menyaksikan pasukan berkenaan hanya menerima separuh gaji sahaja.

Perkara itu diakui pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang hanya akan membayar gaji penuh sekiranya skuad The Red Warriors mampu mencatatkan kemenangan seperti yang diminta.

Jelas Norizam di laman Facebook miliknya, beliau akan membayar gaji penuh dan juga bonus KPI sekiranya dapat memberikan dua kemenangan bagi aksi berikutnya.

“Pasal pemain kena potong 50% dan tak dapat KPI. 10 kali kalah, satu kemenangan dan satu seri. No.13 dalam liga. Nak KPI penuh? Nak gaji penuh?”

“Berikan saya dua kemenangan dan 50% yang ditahan akan dibayar penuh. Anda ada komitmen dan saya juga ada komitmen. Berikan saya prestasi,” katanya.

Sementara itu, difahamkan kemungkinan pasukan itu bakal diheret ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas seorang ejen tempatan mendedahkan tidak berpuas hati dengan pengurusan kelab itu.

Walaupun tidak mendedahkan nama pasukan itu, namun dipercayai ia sebuah kelab yang berpengkalan di Pantai Timur atau lebih tepat Kelantan FC.

“Dah minta peguam panjangkan ke JK (Jawatankuasa) Tatatertib FAM. Kebal sungguh pasukan ini.

“Cakap b*** pun terbang. Kita tengok sekebal mana pasukan ini. Dah panjangkan ke JK Tatatertib. Kita nilai tengok,” kata ejen berkenaan di Twitter miliknya yang lebih dikenali dengan panggilan Joe Berbatov. HM

Asyik kalah, terima separuh gaji sahaja – Norizam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker