4 ditahan merusuh di luar bistro kerana mabuk

4 ditahan merusuh di luar bistro kerana mabuk

EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di luar premis sebuah bistro dekat Jalan Kiambang 12, Indahpura, Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 21 tahun pada pukul 5 pagi.



Beliau berkata, dalam kejaian pukul 3 pagi, pengadu dan empat rakan yang sedang minum di lokasi kejadia telah didatangi seorang lelaki.

“Lelaki terbabit bertindak menampar muka rakan pengadu.

“Kemudian telah datang dua buah kereta yang dinaiki 10 orang lelaki dan seorang perempuan bertindak memukul rakan-rakan pengadu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, rakan-rakan pengadu mengalami cedera ringan di kepala, tangan dan kaki akibat kejadian tersebut.



Bertindak atas maklumat, empat lelaki ditahan di sebuah kedai makan dekat Jalan Iris 8 pada pukul 11.20 malam.

“Kesemua suspek berusia 24 hingga 28 tahun ditahan bagi siasatan lanjut dan semakan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan mabuk dan perselisihan faham,” ujarnya.

Kataya, suspek direman selama empat hari sehingga Ahad dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksan. Utv



4 ditahan merusuh di luar bistro kerana mabuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker