Pekerja jujur, jumpa wang hampir RM330,000 dalam sampah


wang berjumlah 10 juta yen (RM329,068) dalam plastik sampah di sebuah kemudahan pengumpulan di Sapporo, Jepun
Wang itu ditemui di dalam sebuah plastik sampah di antara sisa-sisa kotor. – Sora News

Seorang pekerja pembersihan menemui wang berjumlah 10 juta yen (RM329,068) dalam plastik sampah di sebuah kemudahan pengumpulan di Sapporo, Jepun, lapor laman berita Sora News semalam.

Ketika kejadian pada 30 Januari lalu, pekerja itu cuba mengasingkan kertas untuk dikitar semula dari sisa sampah yang dikutip dari Wad Nishi dan Wad Teine.

Berdasarkan undang-undang Jepun, pemilik asal diberikan tempoh tiga bulan untuk menuntut wang tersebut bermula dari hari ia ditemui.

Terdapat 16 percubaan dilakukan oleh orang ramai untuk menuntut wang tersebut.



Mereka memberikan pelbagai alasan seperti membuang wang itu dalam kertas akhbar secara tidak sengaja atau ahli keluarga penghidap demensia tersilap membuangnya.

Bagaimanapun, penuntut tidak dapat menerangkan dengan tepat mengenai wang itu dan keadaan ia dijumpai.

Jadi pada 30 April lalu, pemilikan wang itu diserahkan kepada Bandar Sapporo. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker