KJ dedahkan banyak keputusan sukar diambil bersama Ismail Sabri

 

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan bahawa banyak keputusan sukar yang terpaksa diambil oleh beliau ketika bekerja bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy berkata, Ahli Parlimen Bera itu meletakkan kepercayaan penuh kepada menteri-menteri termasuk beliau dalam membawa keluar negara ini daripada pandemik COVID-19.



Ujar bekas pemimpin UMNO itu, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.

“Datuk Seri Ismail, dia telah meletakkan matlamat ‘KJ, no more lockdown. Tidak ada lagi lockdown dan kita nak keluar daripada pandemik pada sekian masa’.

“Dan saya terpaksa buat banyak keputusan berkenaan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP), kuarantin, vaksin dan syarat-syarat yang lain,” katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 16 bersama bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan, baru-baru ini.

Ujar Khairy, perwatakan Ismail Sabri ketika menggalas tugasnya selaku Perdana Menteri dilihat sebagai seorang yang tegas, mempunyai tekad serta berani meletakkan kepercayaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker