3 penentang projek kerajaan dihukum mati oleh Arab Saudi

Tiga ahli daripada puak Arab Saudi yang menentang projek bandar mega futuristik Neom kerajaan dijatuhi hukuman mati, dedah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka adalah dari suku Howaitat, yang mendiami kawasan padang pasir di barat laut Arab Saudi di mana projek itu sedang dalam pembinaan.

Tiga lelaki itu – Shadly Ahmad Mahmoud Abou Taqiqa al-Huwaiti, Ibrahim Salih Ahmad Abou Khalil al-Huwaiti dan Atallah Moussa Mohammed al-Huwaiti – dilaporkan dijatuhi hukuman mati pada 5 Ogos tahun lalu dan hukuman mereka dikekalkan melalui rayuan pada 23 Januari.



“Mengikut undang-undang antarabangsa, negara yang belum memansuhkan hukuman mati hanya boleh mengenakannya untuk ‘jenayah paling serius’, yang melibatkan pembunuhan dengan sengaja. 

“Kami tidak percaya tindakan mereka perlu dihukum sampai ke tahap ini,” kata pakar PBB.

Menurut kenyataan mereka, tiga lagi anggota suku Huwaitat turut dijatuhkan hukuman penjara antara 27 hingga 50 tahun.

Pakar-pakar itu mengeluh bahawa keenam-enamnya telah didakwa di bawah undang-undang antikeganasan 2017 yang ‘terlalu kabur’.



Mereka juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyiasat dakwaan beberapa tahanan telah diseksa untuk menukar pengakuan, dan menyemak semula hukuman. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker