Lagu pertama Alyah ditulis arwah Ridzuan Hashim

Lagu pertama Alyah ditulis arwah Ridzuan Hashim

Penyanyi, Datin Alyah menggambarkan Allahyarham Ridzuan Hashim yang meninggal dunia semalam sebagai seorang abang kepadanya.

Alyah yang memiliki pertalian darah dengan Allahyarham dari sebelah bapanya berkata, Ridzuan adalah individu pertama yang membantu Alyah ketika awal kemunculannya.



“Arwah adalah saudara di sebelah keluarga ayah saya. Saya panggilnya Abang Awin. Dia antara orang terawal yang membantu saya ketika mula-mula melangkah ke dalam industri muzik.

“Arwah abang saya juga pernah berpesan dengan arwah Abang Awin untuk tolong menjaga saya memandangkan kami berada dalam industri sama. Dia betul-betul menjaga saya seperti seorang abang dan adik. Waktu itu, sekitar tahun 2001 hingga 2002,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alyah, Ridzuan juga pernah menulis lirik untuk lagu pertama nyanyiannya berjudul Kita Adalah Kita di samping penulis lain antaranya, Seri Bayu.

“Lagu pertama yang saya nyanyikan secara trio dengan lagi artis lain, iaitu Allahyarham Shamrin dan Reza, berjudul Kita Adalah Kita.



“Lagu itu adalah lagu tema semangat untuk pasukan bola sepak memandangkan arwah adalah antara orang yang aktif dalam sukan itu.Dia antara penulis lirik pertama yang memberi kepercayaan kepada saya,” katanya.

Ditanya mengenai penyakit jantung yang dihidapi Ridzuan ketika hayatnya, Alyah berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu memandangkan Ridzuan memilih untuk merahsiakannya.

“Saya ada berjumpa dia dan bertanya khabar. Tapi, itu dah lama juga, lebih kurang sebelum pandemik pada 2019.

“Dia cakap, dia okay. Tapi, bila berbual dengan Kak Didie, barulah saya tahu bahawa dia sakit sebab dia tak beritahu orang lain,” katanya.



Terdahulu, Ridzuan dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri ketika bersarapan di kediamannya di Bandar Tun Razak sebelum disahkan meninggal dunia, semalam.

Di Instagram, Alyah turut memuat naik hantaran ucapan takziah dan penghormatan terakhir buat abang saudaranya itu.

Ridzuan meninggalkan lima cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias. HM

Lagu pertama Alyah ditulis arwah Ridzuan Hashim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker