Rasa sunyi ketika di kemuncak – Joe Flizzow
Rasa sunyi ketika di kemuncak – Joe Flizzow
“Seperti judulnya, Sunyi yang juga boleh membawa maksud kesepian atau sendiri menjelaskan rasa kesunyian yang dihadapi oleh ramai orang. Saya percaya ramai orang mampu merasai lagu ini, khasnya para selebriti.
“Ramai yang menyangka bahawa kemasyhuran dan populariti merupakan tujuan utama para selebriti, tetapi ramai juga yang lupa bahawa kadangkala mereka juga berasa kesunyian.
“Apatah lagi tika berada di puncak kerjaya. Malah sunyi juga menggambarkan kesepian. Definisi-definisi inilah yang memberi makna kepada lagu ini,” jelas Joe yang juga dikenali sebagai ‘Mr President’ dalam arena Hip Hop tempatan.
Dicipta dan disusun oleh rakan wira kegemarannya, SonaOne, dengan lirik nukilan Joe Flizzow sendiri, lagu ini turut menyaksikan pembabitan Magic Potions serta SonaOne sebagai penerbit bersama.
Idea dari New York!
Idea karya ini sebenarnya muncul semasa salah satu lawatan Joe ke bandar raya New York.
“Waktu itu, ilham datang kala saya menginap di Times Square di pusat kota New York. Biasanya kalau ke New York saya tidak akan tinggal di Times Square. Ia adalah salah satu tempat paling sibuk di dunia.
“Namun, di balik kesibukan kota itu, saya tiba-tiba merasa paling sepi dan sunyi dalam hidup saya. Dengan berjauhan dari tempat asal, detik itu benar-benar mencetuskan ilham yang membawa kepada penciptaan lagu ini,” kata Joe.
Selepas menulis lagu ini, Joe telah berkongsi karya ini dengan rakan-rakan seperjuangannya ALYPH serta SonaOne dengan harapan ingin mereka yang merakamkan lagu tersebut.
“Saya dah berfikir bahawa lagu ini sesuai untuk mereka rakam dan lancarkan. Tapi selepas mereka mendengarnya, kata mereka lebih baik saya yang nyanyikannya.
“Lagipun, dah lama saya tak merakam dan menyanyikan lagu sendiri. Oleh kerana lagu ini agak peribadi buat saya, jadi saya teruskan idea untuk merakamkannya seperti yang mereka cadangkan,” sambung Joe lagi.
Sebahagian besar lagu ini menyaksikan Joe lebih banyak menyanyi berbanding mengalunkan rap seperti kebiasaan bintang hip hop itu sebelum ini.
MV kerjaya anak seni
Sunyi juga hadir dengan sebuah video muzik menarik yang menggambarkan perjalanan kerjaya Joe sebagai anak seni.
“Anda akan dapat menyaksikan beberapa rakaman lama yang saya temui dari 15 tahun lalu saat bersama dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Lewat video ini saya juga ingin menunjukkan rasa syukur kerana berjaya merealisasikan impian saya dari 15 tahun sebelumnya,” jelas Joe.
Menurut Joe juga, cabaran untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia Hip Hop global bukanlah mudah. Banyak liku-liku yang perlu dihadapi.
“Pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan. Mereka (komuniti Hip Hop) kehilangan ramai orang, termasuk arwah ayah saya sendiri Allahyarham Ishak Nengah. Jadi ini merupakan satu dedikasi buat beliau juga.
“Saya harap lagu ini mampu mengingatkan semua orang bahawa anda tidak sendirian, dan tiada salahnya jika kadang kita tidak OK. Kita berhak untuk berasa sedih dalam menghadapi liku-liku hidup dan semoga lagu ini mampu menjadi teman saat kesunyian. Ingatlah bahawa, akan sentiasa ada sinar di hujung kegelapan, Insya-Allah,” bingkas Joe mengakhiri bicara.
Sunyi boleh distrim di semua wadah digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 April 2023 sementara video muziknya boleh ditonton di laman YouTube Joe Flizzow pada hari yang sama. Gempak
Rasa sunyi ketika di kemuncak – Joe Flizzow
Baca Artikel Menarik:
- Dhabitah jatuh cinta dengan Jiggy di tepi kolam
- Wanita maut ketika selam snorkel
- Puteri Balqis dedah nama kekasih
- Bilal persis Neelofa, ramai mula booking mahu buat menantu
- Madu Miera Leyana mengaku tidak bersalah
- Mira dilabel muka tembok, berlakon macam ‘queen’
- Ustaz Dusuki bidas lagi, terkejar-kejar dunia glamor, malaikat maut sedang kejar
- Ifa Raziah tegur Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
- Maryam Durian Kimchi Kecewa [VIDEO]
- Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman
- Halau saja artis biadap di TV – Izwan
- Fiza Halim teruk dikecam pakai baju ketat ikut bentuk badan
- Awal Ashaari tinggi kolesterol dan gula
- Wanita terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET