DAP dan BN tiada masalah, Pas ketandusan isu – Anthony

DAP dan BN tiada masalah, Pas ketandusan isu – Anthony

TINDAKAN pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang terus menjadikan isu kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan DAP sebagai modal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman menunjukkan bahawa mereka ketandusan isu.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata hakikatnya pemimpin dan penyokong-penyokong BN dan DAP tiada masalah untuk bersama-sama termasuklah menjayakan kempen bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRK itu.



“Saya boleh turun bersama(malam ini) dengan pemimpin UMNO berkempen bersama. Orang UMNO juga tiada masalah bersama, kita turun ke kawasan Cina pergi ke kedai kopi berceramah, tak jadi masalah.

“Kalau kita terlalu taksub kepada sentimen lama, ini tak akan membawa ke mana-mana. Jadi ini politik lama yang mereka mainkan. Jangan lupa PAS dulu juga pernah bekerjasama dengan DAP,” katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan pengundi Cina di Chukai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, malam tadi.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata isu itu tidak seharusnya dijadikan modal memandangkan pengundi kini sudah bijak menilai apa yang terbaik untuk mereka.

Manifestasinya kata beliau adalah apabila keputusan PRK Pelangai baru-baru ini yang menyaksikan calon BN telah berjaya meraih 98 peratus undi masyarakat Cina di sana.



“Rakyat ingin melihat bahawa apabila kita ada kerjasama politik dan sekarang kita berada dalam kerajaan sama ada kerajaan itu efisien atau tidak, cekap atau tidak mentadbir negara membantu rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau yakin pengundi-pengundi Cina di Kemaman akan memberikan sokongan kepada calon BN iaitu Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada hari mengundi nanti.

“Cuma yang paling mencabar adalah peratusan keluar mengundi itu. Kalau mereka (pengundi Cina) keluar, saya yakin mereka akan mengundi calon BN,” katanya.

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Dis ini sebagai hari mengundi menyaksikan Raja Mohamed Affandi berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS. Utv



DAP dan BN tiada masalah, Pas ketandusan isu – Anthony

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker