KPM benarkan murid dan guru pakai baju sukan mulai hari ini
Mengambil kira keadaan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi
Murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana dibenarkan memakai pakaian atau baju sukan yang sopan di sekolah, mengambil kira keadaan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
Perkara itu dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang memberikan kebenaran khas tersebut menerusi satu surat kepada semua ketua bahagian dan pengarah pendidikan negeri berhubung kebenaran khas tersebut.
Berdasarkan surat yang dikongsikan pada Facebook NUTP Malaysia (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia), kebenaran khas tersebut tidak membebankan murid dan ibu bapa kerana murid mempunyai pakaian atau baju sukan masing-masing.
“Datuk, Dato’, tuan, puan perlu mengingatkan pengetua dan guru besar bawah pentadbiran masing-masing supaya sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.
“Kerjasama adalah dimohon untuk memaklumkan isi kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah bawah pentadbiran Datuk, Dato’, tuan, puan,” menurut surat yang diedarkan itu.
Dalam surat tersebut menyatakan, KPM sentiasa menitik berat penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana semasa cuaca panas dan kering berpanjangan yang melanda negara.
“Fenomena ini merupakan keragaman iklim (climax viability) yang berlaku secara tidak tetap (irrigular). Keadaan cuaca panas yang berlaku boleh mencetuskan gelombang haba (heatwave) yang memudaratkan kesihatan seperti hipertemia atau strok haba dan hidrasi,” kata surat tersebut.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Sebak Baca Ucapan Terakhir Meerqeen
- Baik, buruk dia suami saya – isteri Hattan
- Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan
- Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar
- Sandiwara politik pengecut – Johari
- Bayi dilahirkan dengan dua zakar
- Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen
- Bagaimana mahu ampun jika kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”
- Ibu bapa anggap MRSM dan SBP jamin masa depan anak-anak
- Hattan terima ugutan bunuh dan santau
- Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan
- “Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso” – Hattan
- Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Curang, Farid sindir Diana ke?
Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]