Kapal tangki terbakar, 3 kru hilang

Kapal tangki terbakar, 3 kru hilang

Tiga kru dilaporkan hilang, manakala 23 lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah kapal tangki terbakar di Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Kejadian berlaku ketika kapal tangki berdaftar dari Gabon dikatakan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 kru.



Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Johor, Nurul Hizam Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4 petang tadi.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia Petir 12 diatur gerak ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut.

“Seramai 23 kru berjaya diselamatkan oleh dua buah kapal berhampiran lokasi kejadian manakala baki tiga lagi kru dilaporkan masih hilang. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, maklumat lanjut mengenai kru yang dilaporkan hilang sedang diperolehi. FMT



Kapal tangki terbakar, 3 kru hilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker