Cuaca panas, aircond dan kipas laku keras!

 

PASIR MAS – Cuaca panas yang melanda negara ketika ini lebih-lebih lagi ketika umat Islam berkumpul menyambut Aidilfitri menyebabkan orang ramai menyerbu kedai menjual perkakas elektrik untuk membeli pendingin hawa dan kipas angin.

Cuaca mencecah 37 darjah Celcius di daerah ini memberi rezeki buat peniaga apabila jualan dua barangan elektrik itu meningkat se­kali ganda sejak seminggu lalu.

Pengurus kedai elektrik di Lubuk Jong, Ahmad Musfir Muhammad berkata, kali ini pe­langgan tidak berfikir panjang untuk membeli pendingin hawa meskipun harganya RM900 ke atas bagi seunit.

“Sebelum ini, pelanggan datang ke kedai bertanyakan harga dan pulang mungkin harganya mahal. Sejak minggu lalu, mereka yang datang terus membeli peralatan elektrik.

“Sebelum ini, saya menjual 50 unit pendingin hawa dalam sebulan, tetapi sekarang 100 unit dijual dalam dua minggu. 200 buah kipas angin pula dijual dalam masa sehari sebelum 1 Syawal lalu,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.

Ahmad Musfir memberitahu, pekerjanya tidak menang ta­ngan sehingga terpaksa membatalkan cuti raya kerana perlu memasang pendingin hawa di rumah pelanggan.

Bagi yang kurang berkemampuan, mereka memilih kipas angin bagi menghilangkan bahang.

Seorang pelanggan, Rosnani Abdullah, 50, berkata, dia membeli pendingin hawa untuk dipasang di ruang tamu memandangkan kipas yang ada tidak dapat menyejukkan ruang tersebut.

“Tiada pilihan selain beli pendingin hawa kerana badan kerap berpeluh. Tetamu yang datang beraya juga terpaksa bermandi peluh. Tidak kisah bil elektrik naik asalkan kami sekeluarga selesa,” katanya.

Di Tanah Merah, suri rumah, Nik Yah Senik, 63, berkata, dia berbelanja hampir RM1,000 untuk membeli lima buah kipas.

“Bahang panas mula terasa lepas pukul 3 petang hingga lewat malam. Saya tak dapat tidur nyenyak kerana kerap terjaga. Saya beli lima buah kipas kerana anak-anak dan cucu pulang beraya di kampung,” katanya.

Pada mulanya, Nik Yah berhasrat untuk membeli pendingin hawa, namun memilih untuk membeli kipas kerana harganya yang jauh lebih murah.

Keadaan cuaca panas ketika ini dijangka berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, cuaca panas melanda bandar raya ini sejak beberapa hari lalu menyebabkan orang ramai terpaksa mencari pelbagai alternatif lain terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kulit.

Kakitangan swasta, Zurina Hannah Mohamad, 35, berkata, dia membawa anaknya yang berusia dua tahun menaiki kereta dan berkunjung ke pusat beli-belah bagi menyejukkan badan kerana kanak-kanak itu menghidap ekzema.

“Jika panas, kulitnya akan gatal melampau, jadi dia kerap menggaru. Kipas tidak memadai untuk mengurangkan haba. Hendak beli pendingin hawa duit pula tidak cukup,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker