Abim bidas masalah air di Kelantan terutama waktu raya

Abim bidas masalah air di Kelantan terutama waktu raya

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kelantan kesal dengan kegagalan kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri untuk memberi penerangan dan menyelesaikan segera masalah perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Merujuk luahan rakyat tentang bekalan air terawat di Kelantan yang tidak mencukupi serta berada pada tahap yang mengecewakan khususnya sempena sambutan hari raya ini, Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad juga membidas Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB).

“Melalui komen netizen Kelantan di dalam halaman facebook AKSB pada 21 April lalu, pelbagai luahan rakyat Kelantan tentang bekalan air terawat di dalam negeri ini tidak mencukupi.

“Namun tindakan AKSB yang menutup ruangan komen adalah tindakan tidak wajar, kerana akaun rasmi AKSB di semua platform media sosial sepatutnya menjadi ruangan untuk netizen Kelantan melaporkan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Syahiran berkata, memandangkan beberapa komen netizen dalam hantaran tersebut turut memaklumkan kawasan yang terjejas, Abim Kelantan menuntut supaya AKSB melaporkan bentuk tindakan yang diambil bagi memastikan masalah bekalan air yang tidak mencukupi tidak lagi berulang.

“Sempena sambutan Aidilfitri 1444 Hijrah, bekalan air terawat yang merupakan keperluan asas manusia sepatutnya dibekalkan secara mencukupi, apatah lagi jumlah anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya dianggarkan lebih dari 6 juta orang.

“Kami juga menggesa kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri untuk memberi penerangan dan menyelesaikan segera isu ini, kerana masalah yang berlaku sedikit sebanyak memberi imej negatif terhadap libat urus keperluan asas negeri.

“Semoga perayaan Aidilfitri disambut dengan fasiliti asas rakyat dipenuhi di negeri ini pada masa akan datang,” katanya lagi.

Sebagai rekod umum mengetahui masalah perbekalan air terawat di Kelantan begitu sinonim dan berlarutan sejak sekian lama seolah-olah tidak berpenghujung.

Masalah kualiti air sentiasa menjadi buah mulut rakyat Kelantan sehingga ‘air karat’ menjadi modal untuk mengkritik kerajaan negeri atau pun parti yang mewakili Kelantan iaitu PAS.

Punca masalah ini biasanya diberi alasan bahawa paip yang digunakan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) selaku operator induk untuk menyalurkan air ke premis-premis pengguna merupakan paip lama.

Usia paip yang dikatakan sekitar 40 tahun itu menyebabkan berlaku kerosakan menyebabkan wujudnya air tidak berhasil atau non-revenue water (NRW) selain kualiti air yang tidak memuaskan.

Pada penghujung 2021, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah, dilaporkan berkata kerajaan negeri akan membina sebuah takungan besar yang dijangka dapat menyelesaikan isu perbekalan sumber keperluan asas rakyat itu.

Bekas menteri alam sekitar dan air Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini juga memperkatakan mengenai projek takungan air pinggiran sungai (Taps) yang menelan belanja RM1.3 bilion .

Namun sehingga hari ini, masalah air di Kelantan masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Pada 15 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa masalah bekalan air perkara wajib diselesaikan sekiranya Umno menang pada pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan nanti.

Presiden Umno itu berkata masalah air di Kelantan adalah janji Umno yang akan diselesaikan. Mk

Abim bidas masalah air di Kelantan terutama waktu raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker