Microsoft akan berhadapan tindakan undang-undang kerana guna data Twitter secara haram
MOSCOW: Usahawan Amerika Syarikat Elon Musk pada Rabu berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas perbadanan Microsoft yang secara haram melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) menggunakan data pengguna Twitter, lapor Sputnik.
“Mereka (Microsoft) melatih (AI) secara haram menggunakan data Twitter. Masa untuk mengambil tindakan mahkamah,” kata Musk di Twitter.
Pada Januari, Microsoft mengumumkan rancangannya untuk mengintegrasikan AI, ChatGPT khususnya berasaskan suara ke dalam perkhidmatannya seperti Word dan Excel. Microsoft juga mengumumkan pelaburan berbilion dolar dalam pencipta ChatGPT, syarikat OpenAI.
Model bahasa ChatGPT OpenAI, yang dilancarkan pada akhir November 2022, menerima pelbagai reaksi kerana keupayaannya untuk meniru perbualan manusia dan menjana teks unik berdasarkan aksi pengguna.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET