Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
Jaga saya dengan anak-anak baik-baik dan pecat orang ketiga. Itu antara syarat diletakkan Shermine Ah Moi, bekas isteri kepada pempengaruh media sosial terkenal, View Chin bagi menjernihkan hubungan mereka yang sedang bergolak.
Shermine Ah Moi atau lebih mesra dikenali Ah Moi memberitahu, syarat berkenaan telah pun diutarakan kepada View Chin untuk membaiki semula hubungan mereka, namun perkara itu tidak diendahkan bekas suaminya itu.
“Apa yang saya nak sekarang ni adalah justice dan anak-anak saya sahaja,” katanya dalam satu temu bual semalam.
Ah Moi berkata, dia juga bukan berniat untuk menggunakan kontroversi atau konflik rumah tangga mereka sebagai gimik mahupun taktik untuk menambahkan keuntungan sebaliknya demi mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.
Tambahnya, dia sendiri tidak suka isu peribadi ditayangkan kepada umum tetapi terpaksa melakukannya demi mempertahankan diri dan keluarga.
Baca Artikel Menarik:
Dalam pada itu, Ah Moi memberitahu, tiga anak perempuannya, masing-masing berumur antara setahun hingga tujuh tahun masih tidak mengetahui apa yang berlaku kepada kedua-dua ibu bapa mereka.
“Anak-anak saya sekarang baik-baik sahaja, mereka tidak tahu lagi situasi sekarang, tapi ada bertanya bila boleh bersekolah. Namun, saya bercadang untuk tukar sekolah mereka,” ujarnya.
Katanya, dia sudah puas menyembunyikan diri dan ingin tampil bersuara kerana yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.
Terdahulu, Ah Moi memberitahu, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya itu atas tuduhan curang yang dilemparkan lelaki berkenaan kerana menjejaskan reputasinya.
Malah, katanya, dia juga akan menuntut ganti rugi serta pampasan daripada View Chin atas tuduhan yang dinyatakan bekas suaminya itu.
Baca Artikel Menarik:
Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
“Mereka telah merosakkan reputasi saya. Saya dengan ini berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi serta pampasan,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Sebelum ini tular di media sosial apabila Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp View Chin dan rakan sekerjanya dikenali Mira di TikTok dan Facebook miliknya.
Krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya semasa dia masih lagi dalam pantang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Noor Hisham bersara wajib
- Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
- View Chin belum selamat, Ah Moi akan ambil tindakan undang-undang
- Uqasha pasang bodyguard jaga keselamatan
- Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai
- Seorang Lagi Bekas Staf View Chin Dedah Perangai Buruk Mira
- Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye
- Luahan hati View Chin
- Batik Air tuntut AirAsia Super App padam produk dijual dalam aplikasi
- Lebih lebih 5 jam kena sidai di Lebuhraya Karak, rupanya ini sebenar yang berlaku
- Mangsa bunuh sempat hantar mesej beritahu dalam bahaya
- Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam
- Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah
- Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.