Sanusi salahkan PH masalah air di Kedah

Sanusi salahkan PH masalah air di Kedah

Sanusi salahkan PH masalah air di Kedah
Sanusi salahkan PH masalah air di Kedah

 

Sanusi Md Nor mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terdahulu penyebab kelewatan usaha menaik taraf infrastruktur air negeri di Kedah.

Menteri besar Kedah itu berkata, usaha menaik taraf infrastruktur air di negeri itu dirancang sejak 2010.



Menurutnya, kerajaan negeri ketika itu sudah mengenal pasti dan memuktamadkan langkah mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW), selain penggantian paip utama dan keperluan loji rawatan air (LRA) baharu, sejak 2013.

“Selepas melalui proses rundingan harga dan aspek teknikal, kerajaan pusat setuju memberi geran dan pinjaman untuk lima LRA baharu berjumlah RM931 juta. Iklan tender pembinaan pun dikeluarkan dan kebetulan PRU14 berlaku di mana PH mendapat kuasa.

“Atas dasar sangsi dan kurang percaya terhadap kerajaan sebelum PRU14, PH menarik semula iklan tender. Mereka melantik konsultan baharu untuk mengkaji langkah bagi mengatasi masalah air dan kos yang wajar,” katanya di Facebook.


Baca Artikel Menarik:

Sultan Ibrahim terima menghadap Anwar



Tambahnya, konsultan dilantik kerajaan PH akhirnya mengemukakan dapatan mereka selepas kira-kira 20 bulan menjalankan kajian itu, dan hasil dapatan itu menunjukkan kos pelaksanaan kekal pada nilai sama.

“Akibatnya, projek tersebut tertangguh 20 bulan dan kos baharu perlu ditambah kerana perlu membayar yuran konsultasi bernilai ratusan ribu ringgit.

“Inilah jasa PH selain meninggalkan Sada beroperasi dalam kerugian sebanyak RM36 juta pada 2019. Hutang bertambah pula mencapai RM174 juta,” katanya. FMT




Baca Artikel Menarik:

Ini sebab mengapa Angkatan Tentera Malaysia jadi sebutan di Turkiye


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker