Penculik Ejen Kosmetik Dijatuhi Hukuman Penjara 56 Bulan

Penculik Ejen Kosmetik Dijatuhi Hukuman Penjara 56 Bulan

Di Kelantan, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama 56 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menculik wanita ejen jualan kosmetik di Kampung Semat Jal, Tumpat pada September tahun lalu.

Menerusi laporan Berita Harian, hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.



Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, yang sudah dituduh, dan seorang lagi yang masih bebas menculik Rosnazirah Mohd Nain, 37. Kejadian itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat jam 5.10 petang pada 13 September tahun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan Akta 574 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falena memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh. Kes penculikan itu menggemparkan negara selain membabitkan keselamatan negara dan memberi kesan trauma kepada keluarga serta mangsa.
Sumber: Berita Harian

Penculik Ejen Kosmetik Dijatuhi Hukuman Penjara 56 Bulan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker