Pendedahan pertikaian komersil MAS, AirAsia mengejutkan

Pendedahan pertikaian komersil MAS, AirAsia mengejutkan

Pendedahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berhubung pertikaian komersil antara dua syarikat penerbangan negara, MAS dan AirAsia mengenai penjualan tiket adalah sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, turut membangkitkan persoalan bagaimana tiket penerbangan MAS boleh dijual menerusi Super App sekiranya syarikat penerbangan itu mempunyai polisi tidak membenarkannya.



Ramai pengguna menggunakan aplikasi pihak ketiga atau Super App bagi membandingkan harga untuk mendapatkan tawaran terbaik.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kena faham dulu apa itu fungsi ‘Super App’. Aplikasi sebegini bertujuan memudahkan orang ramai untuk buat perbandingan.

“Contohnya, apabila saya ke luar negara, saya gunakan Agoda atau Booking.com untuk membuat tempahan hotel. Tidak perlu saya cari ‘website’ hotel satu persatu. Itu adalah fungsi Super App yang saya maksudkan.

“Apabila saya melihat dalam Super App ada tawaran RM3,138 untuk (penerbangan) kelas ekonomi, saya rasa macam tidak kena. Apa dosa saya. Saya bawa perkara ini untuk perhatian dan diselesaikan oleh MOT (Kementerian Pengangkutan).



“Namun sekarang ini menteri membuat kenyataan Super App tidak mendapat tauliah daripada MAS, mereka (Super App) tidak boleh menjual tiket yang sah.

“Ini lagi saya pelik. Kalau tidak boleh pakai (Super App), maklum kepada rakyat, kita harus lindungi pengguna, minta tidak gunakan lagi Super App,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di akaun Facebook, malam tadi.

Sejak kelmarin, isu harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini yang didakwa Ka Siong mahal sehingga mencecah RM3,138 sehala bagi kelas ekonomi berpanjangan apabila Presiden MCA itu, tampil mempertahankan kenyataannya itu.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, menerusi perkongsian Facebook, mendakwa jawapan diberikan Loke, ketika mengulas kenyataan awalnya berhubung harga terbabit, sebagai tidak berasas.



Semalam, Loke dilaporkan menafikan dakwaan kononnya harga tiket kelas ekonomi untuk penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini, mencecah RM3,138.

Beliau dilaporkan berkata, semua tiket Kelas Ekonomi untuk penerbangan pada tarikh berkenaan, sudah habis dijual, sebaliknya tiket yang sedang dijual, membabitkan Kelas Perniagaan.

Loke dilaporkan berkata, Malaysia Airlines sudah menjual sebanyak 78 peratus kerusi untuk musim perayaan pada harga RM209 ke RM841 untuk kelas ekonomi.

Selain itu, katanya, AirAsia juga menawarkan harga tiket tetap berharga RM199 ke Sarawak dan RM249 ke Sabah bagi memenuhi permintaan sempena perayaan Aidilfitri.



Dalam pada itu, Ka Siong turut meminta Loke dan Kementerian Pengangkutan supaya menyelesaikan isu utama berkenaan harga tiket penerbangan musim perayaan yang mahal.

“Kita perlu selesaikan isu pokok. Tak perlu nak sindir saya, saya hanya jurucakap rakyat.

“Biar sindir saya jika rakyat mendapat manfaat. Terima kasih kepada syarikat penerbangan yang telah mula menurunkan harga tambang. Inilah pentingnya kita bangkitkan isu sebegini.

“Jika tidak, rakyat terpaksa mengeluarkan belanja yang membebankan,” katanya. BH



Pendedahan pertikaian komersil MAS, AirAsia mengejutkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker