Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama

Sengketa sudah jadi sejarah... peminat tumpang bahagia tengok

Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama

Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama
Peminat tumpang gembira buat Fasha dan Nora.

KELIBAT dua aktres popular Nora Danish dan Fasha Sandha yang dilihat berkumpul bersama di kediaman bekas keluarga mentua mereka iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah kembali menjadi perhatian peminat.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, turut memuat naik foto mesra bersama Nora dan Raja Noora selain bergambar bersama keluarga besar keluarga bekas suaminya, Rizal Ashram atau Jejai.

Susulan perkongsian itu, peminat berkongsi rasa gembira apabila kedua-dua aktres itu dilihat mesra dan benar-benar meletakkan sebarang persengketaan di antara mereka sebelum ini sebagai sejarah.



“Masya Allah gembiranya tengok Fasha dan Nora bersama macam ini. Semoga keluarga ini kekal bahagia hingga ke syurga.

Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama
Fasha dan Nora dijadikan contoh terbaik bagi keluarga bahagia.

“Alhamdulillah tumpang rasa bahagia melihat keluaga ini. Pernah berpisah, bergaduh tapi masa mengubah semua. Syukur Alhamdulillah.


Baca Artikel Menarik:

Kalau Sarah kahwin lain, jangan bengkak hati – Yusof Haslam



“Walaupun sudah tidak bersama dengan bekas suami, memang dah tak gaduh, betul-betul bersatu sebagai sebuah keluarga,” puji netizen.

Perjumpaan keluarga itu dipercayai bersempena meraikan ulang tahun kelahiran anak lelaki Fasha dan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli yang ke-10.

Pada 2018, Fasha dan Nora sepakat menyelesaikan isu mahkamah di antara mereka secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.

Perselisihan faham di antara mereka difahamkan berlarutan sejak sekian lama namun memuncak apabila Fasha mendakwa dihalang penganjur menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora.



Dalam pada itu, Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga bekas mentuanya kerana menyambut hari ulang tahun kelahiran anak pertamanya itu.


Baca Artikel Menarik:

“Terima kasih atok, Tah (panggilan Raja Noora) dan keluarga. Alhamdulillah, Rayfal sudah berusia 10 tahun,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama
Keluarga besar Fasha, Nora dan mentua.

Apa lebih menarik, semua yang hadir turut menggayakan busana sedondon berwarna merah ke acara tersebut.



Sementara itu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz, 36, menerusi komen di Instagram mengucapkan penghargaan kepada Jejai dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut atas urusan komitmen kerja.

“Terima kasih Rizal dan keluarga. Maaf tak dapat datang. Sibuk berniaga di booth PWTC dan MITEC,” katanya.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.


Baca Artikel Menarik:

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama
Ramli dan Raja Noora bersama cucu-cucu mereka.

 Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya matai aitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, lapan tahun.

Fasha kemudiannya berkahwin dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Rizal dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 14 tahun.



Pasangan itu bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora juga sudah berkahwin lain dengan Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, lima tahun.


Baca Artikel Menarik:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker