2 tahanan Indonesia lolos ketika dibawa ke penjara

2 tahanan Indonesia lolos ketika dibawa ke penjara

Dua tahanan warga Indonesia melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang, pagi tadi.

Ketua Polis Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata tahanan terbabit dikenali sebagai Riki Rinaldi, 40 dan Samirudin, 36.



Beliau berkata, kedua-dua tahanan membuka gari berantai dan pintu belakang van sebelum lari ke dalam kebun kelapa sawit terbiar Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang berhampiran jambatan kereta api.

“Suspek bersama dua lagi tahanan warga Indonesia sebelum itu, dibawa ke Mahkamah Kota Tinggi pada 8 pagi, bagi pertuduhan tidak mempunyai pas dan dokumen sah masuk ke negara ini.

“Kesemua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

“Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke Penjara Ledang, dua tertuduh telah membuka gari dan pintu belakang van sebelum melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit terbiar,” katanya menurut Sinar Harian.



Jelas Beng Yeow lagi, tiga anggota Maritim ditugaskan membawa semua tertuduh ke Penjara Ledang setelah selesai pertuduhan pada 11.20 pagi.

“Operasi memburu suspek sedang giat dilakukan dengan bantuan unit pengesan anjing K9, IPK Johor.

“Selain itu, Op Tutup turut dijalankan anggota dari IPD Kulai. Orang awam mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi bilik gerakan di talian 07-6637222,” katanya. FMT

2 tahanan Indonesia lolos ketika dibawa ke penjara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker